tips petua naikkan seri wajah

4 Tips Panduan Petua Tradisional Menaikkan Seri Wajah Buat Bakal Pengantin Untuk Dicuba

tips petua naikkan seri wajah

Hi bakal pengantin diluar sana. Macamana persediaan nak majlis ni? Dah banyak persediaan selesai ke belum? Kalau dah, Kak Min doakan semua berjalan lancar.

Kali ni nak share tips yang bakal pengantin perempuan mesti nak tahu. Naikkan seri wajah supaya nampak berseri, bertenaga, ceria gitu. Tapi, Encik Abang jangan risau. Lelaki pun boleh amalkan. Kalau dua-dua berseri segak lagi cantik tau. 🙂

44 Hari Sebelum Majlis Pernikahan / Perkahwinan

Petua 1 : Amalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari.

Cara:

  • Ambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi
  • Kemudian, makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut satu persatu.

Cuba amalkan untuk kita naikkan seri wajah bakal pengantin.

30 Hari Sebelum Majlis Pernikahan / Perkahwinan

Petua 2 : Basuh muka dengan air rebusan daun sireh.

Cara:

  • Ambil segenggam daun sireh bersaiz besar dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan.
  • Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk cuci wajah kita.
  • Tapi, jangan terlalu cepat waktu nak basuh muka tu. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk.

Kelebihan air rebusan daun sireh ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka.

Oh ya, lagi satu manfaat air rebusan sireh ini boleh diguna sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik.

Petua 3 : Gunakan timun sebagai Eyemask.

Cara:

  • Hiriskan timun satu-peratu. Pastikan hirisan tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal.
  • Dalam masa 30 minit, tekapkan bahagian mata dengan hirisan timun tadi.
  • Basuh dengan air suam setelah selesai.
  • Amalkan sebelum waktu tidur malam.

Manfaat petua timun sebagai Eyemask ni antaranya menghilangkan lebam bawah mata atau kita sebut sebagai Eye Bag. Selain tu boleh juga hilangkan rasa tak selesa pada mata sebab selalu tidur lewat atau kerja lewat malam. Paling best, timun ni khasiatnya boleh tegangkan otot-otot dibawah mata.

Petua 4 : Lobak sebagai Face Masker.

Cara:

  • Hiris lobak dengan halus. Lebih elok gunakan pemarut untuk dapatkan tekstur sehalus mungkin.
  • Ratakan seluruh wajah dengan hirisan lobak halus tadi sehingga ia seperti mask pada muka.
  • Rehatkan badan, biarkan selama 30 minit kemudian bilas masker tadi dengan air suam.

Kelebihan lobak yang kaya dengan Vitamin E, ia membantu untuk hilangkan parut dimuka dan yang paling best dapat melembabkan kulit muka kita. Barulah muka tak nampak kering dan kusam. Tapi, kena jadikan amalan tau, bukan sekali buat terus jadi.

petua wanita cantik sihat bahagia

4 tips naikkan seri wajah ni anda amalkan dulu secara konsisten, tengok perubahan dalam sebulan.
Harap tips ni dapat bantu untuk bakal penganin sama-sama cantik di hari perkahwinan nanti. Lepas tu, gambar dengan video kahwin pasti lebih menyerlah cantiknya tau.

Nak Kak Min beri lagi tips?
Share artikel ni & tag @flavapictures tau.

Kita bantu kawan-kawan kita untuk lebih yakin di hari majlis perkahwinan nanti. 🙂