45 Gambar Wajib Di Majlis Perkahwinan. Gambar #43 Paling Trending!

Majlis perkahwinan adalah saat penting bagi pasangan yang baru sahaja sah menjadi suami dan isteri seterusnya melayari alam percintaan sebenar. Oleh itu, setiap kejadian yang berlaku pada majlis tersebut wajib dirakam oleh jurufoto bertugas.

Jom kami kongsikan pengalaman FLAVA PICTURES sebagai jurufoto perkahwinan Malaysia tentang apa gambar yang wajib dirakam pada hari berbahagia anda!

Gambar Aksesori atau istilah kebanyakan photographer ialah “details”

1. Baju pengantin perempuan
2. Detail/corak baju pengantin perempuan
3. Detail/corak baju pengantin lelaki
4. Kasut pengantin
5. Corak inai di tangan
6. Cincin kahwin/gelang tangan
7. Bunga tangan
1
8. Pelamin secara penuh dan detail
9. Details dekorasi lokasi majlis
10. Gubahan hantaran
11. Doorgift
12. Dekorasi meja guest book
13. Photobooth
14. Kek perkahwinan

Gambar Persiapan Sebelum Majlis

15. Sesi makeup (pastikan setelah memakai tudung)
16. Pengantin check tudung / rambut di cermin
17. Pengantin lelaki sedang memakai kot
18. Pengantin lelaki sedang melihat jam tangan
19. Reaksi pengantin lelaki sedang menunggu pengantin perempuan siap
20. Gambar individu pengantin lelaki dan perempuan

Gambar Ketika Akad Nikah

21. “Dulang Boys” dan “Dulang Girls” bawa masuk hantaran
22. Pengantin lelaki tiba ke lokasi bernikahan
23. Pengantin lelaki menanti jurunikah
24. Pengantin lelaki menandatangan borang nikah
25. Pengantin perempuan menandatangan borang nikah
26. Wali pengantin perempuan bersalaman dengan jurunikah (penyerahan kuasa)
FP-background
27. Acara akad nikah
28. Reaksi pengantin perempuan selepas selamat diijabkabul
29. Doa selepas akad nikah
30. Pasangan pengantin solat sunat
31. Upacara penyerahan mas kahwin
32. Upacara sarung cincin dan bersalaman

Gambar Ketika Majlis Resepsi

33. Ibu dan ayah pengantin bersalaman dengan tetamu
34. Pengantin berarak masuk ke jinjang pelamin
35. Kumpulan kompang pengiring
36. Pengantin bersanding di pelamin
37. Gambar bersama keluarga di pelamin
38. Gambar di meja pengantin untuk makan damai
1
39. Upacara suap menyuap
40. Pengantin menyambut tetamu
41. Gambar potrait pengantin di pelamin.
42. Freestyle group photo pengantin dengan rakan-rakan, saudara mara dan tetamu.
43. Rakan-rakan havoc SELFIE dengan pengantin
44. Gambar outdoor.
45. Pengantin dan abang-abang jurufoto yang kacak sebelum pulang bertugas. 😆

55

Anda rasa senarai ini cukup banyak? Sebenarnya ada lagi senarai yang tidak dimasukkan tapi keseluruhannya beginilah majlis perkahwinan di Malaysia berlangsung. Sebagai jurufoto memang kami dah hafal senarai ini setiap kali bertugas walaupun tak lihat turutan senarai.

Ok, kita jumpa lagi untuk lebih entri/tips menarik akan datang. Keep in touch!


Posted

in

by

Tags: