6 Jenis Pencahayaan Potrait. #5 Buat Anda Nampak Kurus!

potrait photography lighting style

Jika anda ingin mengambil gambar potrait seperti professional photographer, terdapat 6 jenis pencahayaan yang biasa digunakan dalam industri fotografi korporat dan komersial. Tak semestinya, anda perlu ada lighting set yang besar untuk menghasilkan gambar begini. Apa yang penting adalah sumber cahaya tak kisah sama ada matahari, lampu suluh, lampu handphone, lampu siling selagi ia memberikan cahaya anda boleh gunakan kepada subjek yang ada. Jom kenal satu persatu jenis pencahayaan potrait dalam fotografi.

1. Rambrant
Rambrant Lighting diinspirasikan daripada pelukis cat minyak bernama Rambrant. Objektif rambrant lighting adalah mendapatkan bentuk segitiga disalah satu bahagian pipi subjek. Hasilnya gambar akan kelihatan cerah dan gelap untuk menaikkan mood klasik gambar tersebut. Untuk mendapatkan teknik begini, cahaya lampu turun dari atas, lebih kurang 45 darjah dari posisi kamera. Segitiga terbentuk daripada bayang-bayang yang jatuh dari hidung dan bahagian atas mata.

2. Butterfly
Butterfly Lighting membolehkan anda mendapat bentuk seakan-akan kepak rama-rama pada bahagian bawah hidung. Ia juga digunakan bagi menampakkan sedikit bayang-bayang dibahagian bawah dagu untuk fotografi fesyen. Gambar contoh diatas lebih kepada menampakkan bentuk dibawah hidung. Butterfly lighting juga boleh mengurangkan kedutan yang ada pada raut wajah. Untuk mendapatkan bentuk seakan-akan rama-rama ini, cahaya lampu diletakkan tinggi dan dihadapan subjek supaya bayang-bayang hujung hidung jatuh diatas kawasan kumis tapi bayang tersebut tidak menyentuh bibir atas.

Rumit? Awal-awal kalau nak cuba memang kekok.

3. Loop
Loop lighting dan Butterfly hampir serupa. Mahu dapatkan bayang-bayang dibawah hidung. Yang membezakan loop lighting bayang-bayangnya berbentuk garisan bujur dan senget sedikit ke pipi subjek. Bagi mendapatkan Loop Lighting, sumber cahaya diletakkan tinggi dari aras mata dan condong sekitar 30-45 darjah ke bawah. Kedudukan cahaya pula adalah sedikit ke kiri/kanan dari kamera supaya bayang-bayang muncung hidung jatuh sedikit ke tepi.

4. Split
Split Lighting memberi perbezaan ketara antara kawasan terang dan gelap gambar. Teknik ini digemari oleh mereka yang benar-benar inginkan gambar yang artistik. Lebih sesuai digunakan pada subjek lelaki berbanding perempuan. Namun jika ingin menampakkan seram pada wajah wanita boleh cuba. Untuk mendapatkan hasil split lighting, letakkan posisi cahaya dibahagian kiri atau kanan subjek secara 90 darjah dan belakangkan sedikit bagi membolehkan bayang-bayang muka jatuh pada kawasan yang tidak terkena cahaya.

5. Short
Short Lighting memberikan lebih kawasan gelap pada bahagian muka berbanding kawasan cerah. Bahagian pipi dan leher subjek adalah kawasan paling luas boleh dilihat dari kamera. Dengan cara meletakkan sisi subjek menghadap cahaya, bayang-bayang yang jatuh akan menutupi kawasan luas tersebut dan ini membolehkan subjek nampak sedikit kurus. Short lighting sesuai diaplikasikan pada “low-key potraiture” dan subjek yang sedikit gempal. Untuk mendapatkan gambar begini, letak sumber cahaya sedikit tinggi 45 darjah dari posisi kamera dengan muka subjek memandang ke hadapan.

6. Broard
Broad Lighting adalah berlawanan dengan short lighting dimana bahagian muka subjek yang paling luas didedahkan dengan cahaya supaya ia nampak lebih besar.Jika short lighting membolehkan subjek nampak sedikit kurus, broad lighting membolehkan subjek kelihatan lebih berisi. Setting sumber cahaya sama seperti short lighting cuma posisi subjek seolah-olah berpaling arah daripada cahaya dan memandang ke kamera. Bahagian pipi,leher dan tengkuk didedahkan cahaya sepenuhnya. Dalam istilah lain fotografi, lebih highlight dan kurangkan shadow.

Short dan Broad tidak sama dengan split lighting. Split lighting kedudukan cahaya separas dengan muka subjek. Short dan broad lighting kedudukan cahaya adalah lebih tinggi daripada subjek. 4 jenis pencahayaan diawal adalah yang stanard. Nombor 5 dan 6 adalah tambahan yang biasa digunapakai dalam fotografi korporat dan komersial (fesyen terutamanya).

Kalau nak faham lebih lagi rajin-rajin baca 6 Portrait Lighting Patterns Every Photographer Should Know dan lihat contoh 6 jenis pencahayaan di google images.

Gambar subjek adalah cikgu pencahayaan kami, En. Ashraf Saharudin. lihat koleksi gambar beliau di ashrafsaharudin.com