6 Tips Penting Sebelum Memilih Jurufoto Perkahwinan (Part 2)

Panduan dan cara nak pilih jurufoto kahwin. Pada entri Bahagian 1, kami dah kongsi 3 tips penting sebelum memilih jurufoto perkahwinan. Jom kita sambung 3 lagi point utama dalam pemilihan jurufoto bagi majlis sekali seumur hidup anda.

4. BANDINGKAN KUALITI HASIL KERJA, PAKEJ DAN HARGA

flavapictures kuala lumpur
Gambar ekslusif FLAVA PICTURES photography team.

Kualiti dan hasil kerja adalah perkara yang sangat-sangat penting bila nak cari jurufoto perkahwinan berbanding harga. Sebabnya mudah, gambar kahwin adalah pelaburan 1 kali seumur hidup. Benda sekali inilah yang kekal sampai ke anak cucu nanti.
Pastikan anda lihat dan tahu betul-betul bagaimana hasil kerja photographer idaman anda dan cara mereka bekerja. Elakkan dari membayar booking tanpa ambil masa untuk lihat hasil kerja. Bandingkan vendor-vendor pilihan anda dari segi kualiti, produk akhir, harga, customer service & support. Pastikan team jurufoto anda mampu jalankan tugas dengan lancar.

5. SELIDIK LATAR BELAKANG SYARIKAT PENGURUSAN DAN JENAMA

registered photography company malaysia
Gambar ekslusif FLAVA PICTURES photography team.

Pengurusan dalam bisnes fotografi perkahwinan juga sangat penting. Bagi syarikat sepenuh masa yang menjalankan bisnes fotografi perkahwinan mereka sudah lengkap dengan S.O.P (standard operation procedure) kerja, berdaftar dengan SSM, prosedur pembayaran yang jelas, terma penghantaran produk akhir yang jelas dan terma syarat yang terperinci.
Bagi bakal pengantin yang mementingkan dokumentasi, vendor dari syarikat sepenuh masa dalam bisnes fotografi videografi perkahwinan amat sesuai untuk anda memilih syarikat jurufoto yang mempunyai prosedur kerja yang lengkap.

6. BERJUMPA UNTUK LIHAT PRODUK AKHIR DAN HASIL KERJA ONE TO ONE

wedding photobook and custom album
Gambar ekslusif FLAVA PICTURES photography team.

Akhir sekali, jika betul-betul yakin dengan jurufoto pilihan anda atur temujanji untuk berjumpa. Luang sedikit masa, mereka tentu bersedia menerima kunjungan anda. Pastikan anda melihat apa album yang anda dapat, liputan yang diberikan dan bagaimana cara jurufoto tersebut merakam gambar satu-satu majlis perkahwinan.
Kelebihan apabila berjumpa, anda dapat lebih keserasian dengan team tersebut. Selain itu, banyak perkara yang anda boleh tanya jika ada yang tidak faham. Dari segi jurufoto, mereka sudah tentu berkongsi pengalaman bagaimana hari majlis perkahwinan berlangsung. Yelah, sebagai bakal pengantin baru mesti banyak perkara yang difikirnya tentang perjalanan majlis nanti.

****

satisfied wedding photography services
Gambar ekslusif FLAVA PICTURES photography team.

So, macamana? Dah dapat gambaran cara terbaik untuk memilih jurufoto perkahwinan? Bagi bakal-bakal pengantin yang berminat untuk mendapatkan servis fotografi dan videografi FLAVA PICTURES boleh layari portfolio kami dibawah.

contact us at flava pictures
Gambar ekslusif FLAVA PICTURES photography team.

Jumpa lagi dalam tips berikutnya! Oh ya, bagi yang tak baca post ini dari awal, klik 6 TIPS PENTING SEBELUM MEMILIH JURUFOTO PERKAHWINAN (Part 1).