pakej fotografi perkahwinan

Senarai Semak Dokumen Penting Cara Permohonan Nikah Malaysia

[sg_popup id=”3″ event=”onload”][/sg_popup]pakej fotografi perkahwinan
Hi kesayangannn! Awak-awak semua dah ready ke nak buat persiapan kahwin? Admin dulu macam uols jugak, pening nak settle borang permohonan nikah ni. Jadi, kali ni admin nak tolong selesaikan masalah korang. Admin kongsi beberapa dokumen yang sangat penting semasa mengisi borang permohonan nikah.

Selain korang cari vendor-vendor untuk majlis, segala persiapan dokumen ni mesti dibuat dalam tempoh 3 – 6 bulan sebelum majlis. Dapat plan setahun awal lagi elok sebab ada dokumen ni ada tempoh sahlaku (validity) dan ada proses yang makan masa sedikit.

pakej fotografi perkahwinanNO. 1 KAD PENGENALAN
Buat salinan kad pengenalan minima 3 salinan. Sekurang-kurangnya kalau kena guna lebih, korang dah standby siap-siap dalam fail. Semasa hari pernikahan, pastikan anda bawa kad pengenalan dalam poket ye. Ada yang minta ditunjukkan kad pengenalan asal.

pakej fotografi perkahwinanNO. 2 BORANG PERMOHONAN NIKAH
Borang permohonan nikah adalah Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin. Bagi Lelaki Borang 2A dan Perempuan Borang 2C Sekarang, borang permohonan nikah boleh diisi secara online. Bagi negeri Selangor, sila ke http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new

Setiap negeri mempunyai laman web berbeza. Semak dahulu anda nak mohon kebenaran nikah di negeri mana. Kalau IC anda dari Johor, bekerja di Selangor boleh je mohon kebenaran nikah dari pejabat agama selangor nanti admin jelaskan. Teruskan membaca.

pakej fotografi perkahwinanNO. 3 BORANG SAKSI
Saksi disini merujuk kepada saksi untuk permohonan nikah. Biasanya, borang saksi sudah disediakan dalam borang online nikah. Anda perlu masukkan nama dan IC saksi semasa mengisi borang online. Selepas tu semasa permohonan dengan pegawai daftar nikah kariah, bawa saksi sekali. Kalau masih bujang, minta tolong housemate tu sekejap lepas tu belanja la Teh O Ais!

pakej fotografi perkahwinanNO. 4 SALINAN IC SAKSI
Sebelum jumpa jurunikah di mukim tempat anda bermastautin, pastikan bawa dokumen lengkap beserta IC bersama saksi hadir untuk dapatkan kebenaran nikah. Ini yang admin maksudkan dalam point 4 tadi.

pakej fotografi perkahwinanNO. 5 SURAT AKUAN BUJANG
Surat ini dikeluarkan oleh majikan atau penghulu kawasan anda. Tapi, tak semua negeri perlukan surat akuan bujang untuk permohonan nikah. Semak dokumen di laman web permohonan nikah negeri masing-masing.

pakej fotografi perkahwinan
NO. 6 HIV TEST
Laporan ujian HIV mesti dibuat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran.Proses tak lama, tak sampai setengah hari cuma anda dinasihati datang awal ke klinik bagi mengelakkan tunggu giliran yang lama. Tempoh SAH ujian HIV adalah 6 bulan sebelum tarikh nikah. Elok dilakukan dalam tempoh 3 – 4 bulan sebelum nikah. Lagi awal lagi bagus, jika ada sebarang masalah anda dan pasangan boleh merancang plan seterusnya.

pakej fotografi perkahwinanNO. 7 DOKUMEN NIKAH LUAR KAWASAN
Bermaksud, sekiranya anda bermastautin di Selangor tapi majlis pernikahan di Negeri Sembilan, anda dikehendaki mengisi borang kebenaran nikah luar kawasan. Contoh Borang 3B – Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor (Lelaki)

pakej fotografi perkahwinan#8 SIJIL KURSUS KAHWIN
Sijil kursus kahwin ini mestilah SAH dan diiktiraf oleh mana-mana jabatan agama islam negeri. Buat salinan fotokopi dan asal. Sijil bagi permohonan nikah akan gunakan salinan fotokopi. Bagi serahan kepada Jabatan Agama Daerah, bawa salinan asal. Jabatan Agama akan cop sijil anda menyatakan sijil kursus perkahwinan tersebut sudah digunakan.

pakej fotografi perkahwinanNO. 9 SIJIL NIKAH IBUBAPA
Sijil nikah IBU BAPA diperlukan bagi pemohon wanita. Tujuan untuk pengesahan taraf wali.

pakej fotografi perkahwinanNO. 10 SURAT MASTAUTIN
Surat Permastautin boleh didapati dalam Borang 1A – Akuan Pengesahan Permastautinan.

Surat mastautin bermaksud, sekiranya anda berasal dari Johor (alamat IC) dan menetap di selangor (bekerja), Anda tidak boleh mohon kebenaran nikah dari Selangor jika tiada surat pengesahan mastautin.

Surat ini boleh didapati dalam portal online permohonan nikah. Bagi Selangor, sekurang-kurangnya tinggal dalam tempoh 4 bulan dikira mastautin.

******

Ok, setakat ni jelas tak tips yang admin kongsikan ni? Benda ni paling penting selain persiapan majlis dan korang kena take serious borang-borang ni semua. Kalau rasa bermanfaat, bookmark artikel ini dan share kepada tunang/kawan-kawan yang nak kahwin ok!

Semoga urusan perkahwinan korang dipermudahkan. <3